Rabu, 08 Agustus 2007

perang dunia 1

Pengenalan

Untuk rencana lanjutan, lihat Perkara sebelum Perang Dunia II Medan Eropah.

Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia .

Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti t bangkit memegang kuasa di Itali. t Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai , kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.
Imej:Hitlermusso.jpg
Benito Mussolini ("Il Duce") bersama Adolf

Perang Dunia II lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.

Keseluruhannya, Perang Dunia II mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).

Untuk rencana lanjutan, lihat korban Perang Dunia II menurut negara

[Sunting] Medan Eropah

perang dunia ke 2

Perang Dunia II memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Russia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.

Perang Dunia II adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia II membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan pihak Berikat (Alliance) - Negara-negara Komanwel (British Commonwealth) , Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China; dengan Kuasa Paksi (Axis Powers) - perikatan antara Jerman, Itali, dan Jepun. Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia II medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Peperangan Dunia II ini adalah penting disebabkan buat kali pertamanya kuasa udara memainkan peranan utama. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia II merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar polisi pengasingan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh pihak Berikat yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.